Mengapa ramai yang tidak mahu kahwin - ceritaejoy

Mengapa ramai yang tidak mahu kahwin

10:56 PG

Tajuk post aku hari ini adalah mengapa ramai yang tidak mahu kahwin ataupun memilih untuk kahwin lewat.

Rasanya dah macam jadi trend pulak kan kahwin lewat ni, apakah penyebab kepada perkara ini?

Ini adalah pendapat peribadi aku, mengapa ramai yang memilih perkara seperti ini.

1) Tiada lagi kebebasan hidup.

Tak di nafikan, ini adalah punca utama mengapa ramai yang memilih untuk tidak mendirikan rumah tangga. Kalau sebelum ini, mereka biasa lepak-lepak minum sampai lewat pagi dengan rakan-rakan ataupun join aktiviti berkumpulan seperti konvoi bermotosikal ataupun pergi memancing sehingga 2-3 hari lamanya. Bila sudah berumahtangga, ianya akan menjadi penghalang kepada aktiviti-aktiviti ini. Yelah, kalau nak duduk kedai minum dengan rakan-rakan, waktu malam, takkan nak bawa isteri sekali? Kalau rakan-rakan lain bawa, bolehla juga, kalau tidak? Macamana pula kalau dah mempunyai anak? Nak bawa sekali? Aktiviti bersukan juga menjadi penghalang.

Tidak semua suami/isteri akan memahami perkara ini, memang sebelum kahwin, setiap dari mereka akan memahaminya, tetapi ianya pasti berubah selepas berumah tangga.

2) Risau dengan perbelanjaan kewangan.

Ada yang risau, bila bernikah, kewangan akan menjadi kecil. Yelah, tanggungjawab untuk menyara isteri dan keluarga bagi suami. Kena pula kalau suami ada impian yang belum tercapai, ianya menjadi penyebab kepada permasalahan ini. Kebanyakkan akan memilih untuk mencapai impian terlebih dahulu dan apabila ianya tercapai barulah memilih untuk mendirikan rumah tangga. Hmm..yeker?

3) Pentingnya kerjaya.

Terlalu menjaga kerjaya. Terlalu sibuk dengan kerja. Ada juga sebab seperti ini. Terlalu sibuk dengan kerja sampai tiada masa memikirkan untuk berkahwin.

4) Takut harta hilang.

Ha, ini macam cerita filem pula. Kalau bernikah nanti, takut hartanya makin sedikit ataupun hilang terus.

5) Takut di kecewa

Yelah, takut tersalah pilih pasangan. Waktu bercinta semua indah, selepas bernikah semua berubah. Dapat yang berpenyakit panas baran, kuat cemburu dan macam-macam penyakit lagi dan kemudiannya menjadi penyebab kepada penceraian.

6) Kena tanggung keluarga.

ha. kena jaga keluarga. Kalau bernikah nanti, takut diri tak mampu nak jaga keluarga. Kerana perlu menjaga keluarga yang baru. Juga menjadi penyebab.

7) Takut dapat yang jenis control.

Ada juga yang jenis macam ini. Ibarat pasang rantai di kaki. Ada juga jenis yang sifat kekeluargaan yang kuat. Pergi kemana pun, mesti bersama family. Jika suami nak pergi ke gym, perlu bawa anak dan isteri. Cuba bayangkan, kalau suami sedang workout, anak dan isteri duduk di tepi. Apakah sang suami benar-benar akan workout? Gym hampir kebanyakkan yang datang adalah lelaki. Jadi suasana akan jadi kurang selesa pada si suami.

8) Hantaran yang terlalu tinggi.

Trend sekarang, hantaran puluh atau pun belas ribu. Ini tidak termasuk hantaran dan kos untuk kenduri. Jadi, berapakah kos sebenar untuk sesuatu perkahwinan itu?

Rasa macam banyak lagi penyebab kepada perkara ini, tapi pada diri aku sendiri, ini adalah penyebab kepada mengapa ramai yang memilih untuk tidak berkahwin ataupun memilih untuk menamatkan zaman bujang pada usia yang lanjut ( boleh ke guna perkataan lanjut ni? )

Apa pun, perkahwinan sememangnya di tuntut di dalam islam. Banyak keberkatan dan kelebihan di dalam sesuatu perkahwinan itu.


You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email