Budaya rasuah menular - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Budaya rasuah menular

Sebenarnya perkara ini sudah lama bertapak di negara kita. Dan hampir kepada semua perkara, adanya perkara ini. Daripada sekecil-kecil jumlah kepada sebesar-besar jumlah.

Semalam aku ke kedai burung untuk mencari sangkar untuk burung yang bakal aku terima esok hari. Dalam mencari-cari sangkar, aku sempat berbual dengan tuan punya kedai. Kami berbual tentang permohonan lesen untuk burung murai batu.

Hampir setiap tahun beliau memohon lesen. Dan hampir setiap tahun juga beliau kecewa. Ramai mungkin sudah tahu, bukan mudah untuk memohon lesen pemeliharaan burung ini. Dan, syarat yang dikenakan sekarang juga menyukarkan proses mendapatkan lesen ini. Jika sebelum ini, nama di dalam lesen boleh ditukar, tetapi sekarang tidak lagi. Beliau bercerita lagi, sewaktu beliau memohon untuk mendapatkan lesen, ada seorang lagi yang turut sama memohon. Dan lesen yang beliau ingin mohon diserahkan kepada orang itu. Dan setelah diselidik, rupanya, orang itu telah memberi sejumlah wang kepada pegawai terbabit.

Bukankah ianya suatu perkara yang tidak adil kepada orang lain? Memang ya, ada wang, semua perkara jadi mudah. Tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mempunyai wang yang banyak? Perkara seperti ini harus dipandang berat oleh pihak berkuasa. Dan sememangnya, hukuman yang berat akan dikenakan kepada mereka yang terlibat.

Dan, informasi daripada orang awam juga amat penting kepada pihak berkuasa. Oleh kerana ianya tidak berlaku kepada aku, maka aku hanya mampu untuk mendengar. Tetapi, jika ianya terjadi, sebelum membuat laporan, pastikan kita cukup bukti yang kukuh. Supaya mereka-mereka ini, boleh di bawa kepada muka pengadilan.



loading...

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com