Bonus masuk hari ini. - ceritaejoy

Bonus masuk hari ini.

8:55 PG

Yeah..bonus masuk hari ini, walaupun jumlah yang aku terima tidak sebanyak rakan-rakan lain, namun aku perlu bersyukur kerana ini adalah rezeki yang telah ditetapkan kepada aku sekeluarga. Alhamdulilah, duit loan rumah sudah dibayar, juga bayaran-bayaran lain. Sedang memikirkan untuk baki wang yang ada, adakah untuk simpanan ataupun perlaburan.

Projek-projek flora dan fauna sedang menanti. Moga Allah permudahkan jalan untukku. Persediaan untuk perniagaan di bulan ramadan juga sedang giat di jalankan, Harap Allah permudahkan segalanya untuk aku sekeluarga. Perniagaan sampingan keluarga juga sedang menampakkan hasil, walaupun masih kecil jumlahnya, kami sekeluarga perlu bersyukur, kerana tidak mustahil yang kecil itu menjadi besar.

Syukur Ya rabb atas rezeki yang di beri..

Alhamdulilah.

Alhamdulilah.

Alhamdulilah.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email