Tekanan hidup - ceritaejoy

Tekanan hidup

11:58 PG

Aku benar-benar merasa tertekan dengan kehidupan sekarang. Terlalu runsing dengan keadaan ekonomi keluarga aku. Dengan bayaran bil, kenderaan, rumah dan sebagainya. Kehidupan di tempat kerja juga sedang menekan aku. Apa yang menyebabkan perkara sedemikian berlaku?

Aku bekerja sendirian. Isteri yang dahulunya berkerja kini menjadi surirumah sepenuh masa. Jadi pendapatan aku menjadi kecil.

Perniagaan yang aku dan isteri jalankan juga masih kecil. Kerana masa dan ruang yang kecil. Berniaga mestilah agresif! Aku di tempat kerja, jadi, bagaimana aku ingin mencari ruang dan peluang perniagaan?

Anak yang masih kecil juga perlu di beri perhatian. Jika di dalam kenderaan. Si kecil tidak akan duduk diam sahaja. Dan itulah penyebab utama kepada kesukaran mencari peluang perniagaan.

Pasaran umum juga menjadi masalah utama. Bila kita ingin meletakkan produk kita, harga yang ditetapkan oleh pemilik kedai juga terlalu rendah. Dan harga yang di beri juga lebih rendah dari modal yang kita keluarkan. Jika ingin juga meniaga di situ, terpaksa la kurangkan ramuan yang terang-terang akan mengurangkan kelazatan produk itu sendiri.

Apa yang biasa aku lakukan untuk positifkan pemikiran aku, adalah dengan memikirkan setiap yang baru bertapak mesti dimulakan dengan penuh kesukaran. Sama seperti kita ingin membina rumah. Bila ingin membina tapak, keadaan tapak rumah perlulah dibersihkan, di korek lubang, disimen dan sebagainya. Keadaan ketika itu sangatlah tidak cantik. Sama la juga bilamana aku dan isteri ingin membina tapak untuk perniagaan kami.

Wang benar-benar memberi tekanan hidup.

Aku perlu sentiasa positif.

Wang tidak melahirkan manusia tetapi manusia mampu melahirkan wang.

Semoga perniagaan yang kami jalankan berkembang dan semakin berkembang.

You Might Also Like

1 comments

  1. salam haffizul iskandar. terima kasih sudi follow blog saya. tapi tak tinggalkan komen. sukar untuk saya follow blog haffizul

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email